Perkongsian rakan kepada penyanyi Amira Othman dikenali sebagai Yuti menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik video menunjukkan cara mencium tangan suami ketika diijab kabulkan.
Menerusi video di TikTok, Yuti berseloroh memegang tangan Fattahh serta menunjukkan cara bersalam dengan betul kepada Amira ketika majlis pernikahan mereka Ahad nanti.
BACA: “Saya Tak Pernah Ada Teman Lelaki, Nak Jaga Supaya Awak Rasa Special” – Amira
“POV: tengah ajar Kak Long (Amira) cara salam yang sebenar untuk 14 September ini,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah Yuti mengusik bakal pengantin itu, malah Amira juga terhibur dengan rakanannya itu.
Isnin lalu, Fattah dan Amir mengumumkan majlis pernikahan mereka yang akan diadakan pada Ahad ini sekaligus menjawab spekulasi hubungan mereka.




