Rakan dedah Noor Nabila guna pinggan pakai buang berkualiti – “Tak nampak macam cap ayam”

Rakan dedah Noor Nabila guna pinggan pakai buang berkualiti – “Tak nampak macam cap ayam”

Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila sekali lagi meraih tumpuan netizen apabila berkongsi pinggan pakai buang yang akan digunakan sekiranya melakukan majlis rumah terbuka.

Pinggan pakai buang berkualiti

Screenshot

Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh Rosix Omar mendedahkan barangan itu begitu eksklusif dan ia dibeli di Amazon, syarikat teknologi dan e-dagang terbesar di dunia.

“Nabila taknak pinggan plastik Malaysia, jadi dia pergi Amazon beli yang lebih eksklusif.
“Dia kata beli pinggan ini untuk guna waktu rumah terbuka, nampak lebih cantik tak perlu beli yang biasa macam di kedai. Nabila ni kalau boleh tisu pun beli luar negara,” kata Rosix, semalam.

Usahawan itu turut menunjukkan beberapa barangan lain yang dibeli seperti mangkuk pakai buang yang lebih mewah dan cantik.

Screenshot

“Mangkuk ni nampak tak macam cap ayam, cantik.
“Hidup Nabila ni macam tiada kerja, jadi dia pun belilah benda-benda yang merapu macam ini,” kongsinya lagi.

Artikel lain: Noor Nabila kongsi ‘skincare’ harian, netizen terkejut bila tahu harga – “Gaji sebulan aku weh”

Sebelum ini, Rosix mendedahkan produk penjagaan kulit dan minyak wangi yang digunakan oleh Nabila ketika sedang bersiap bagi menghadiri rumah terbuka.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah kos bagi sebotol produk yang digunakan oleh kakak kepada selebriti Noor Neelofa dikatakan mencecah ribuan ringgit.

Terdahulu, Nabila mendedahkan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi menjaga kecantikan wajahnya.

Tambahnya lagi, kos penjagaan kulitnya sekitar lebih RM140,000 setahun untuk kelihatan lebih anggun biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.

Sumber: TikTok rosixomar25

Scroll to Top