Rakan Kongsi Perbualan Telefon Dengan Ardell Aryana, Menangis Teresak-Esak Mengadu Diseksa Isr**l – “4 Hari Tak Makan & Minum”

Rakan Kongsi Perbualan Telefon Dengan Ardell Aryana, Menangis Teresak-Esak Mengadu Diseksa Isr**l – “4 Hari Tak Makan & Minum”

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana menangis teresak-esak apabila menghubungi individu yang dipercayai rakan baiknya, Nizar Hafiz.

Menerusi platform Threads, Hafiz memaklumkan Ardell kini dalam proses pemulihan selepas teruk diseksa dan ditumbuk oleh tentera zioni* ketika di tahanan penjara Isr**l.

“Selepas menerima drip air, barulah dia mampu bersuara kembali. Sungguh, aku masih terperanjat kerana di fikiranku dia seolah masih terkurung di penjara Issewel.

“Dia kini selamat, meskipun tubuhnya ditumbuk dan disakiti oleh rejim zioni* laknatullah,” katanya di kapsyen.

Dalam muat naik itu, Hafiz juga berkongsi video perbualan telefon di WhatsApp dimana kedengaran suara Ardell tidak henti menangis menceritakan kekejaman zioni*.

Ardell menangis menceritakan dirinya tidak dapat makan dan minum selama empat hari, selain turut kesal rakan-rakan seperjuangan yang menaiki kapal Mineko masih dipenjarakan.

“Alhamdulillah saya selamat. Tapi kawan-kawan kapal saya yang lain dalam penjara lagi, tak dapat makan.

“Saya dah empat hari tak makan dan minum. Al-Quran semua tak dapat diselamatkan. Barang-barang saya pun semua tak ada,” katanya tidak henti menangis.

Terdahulu, Ardell bersama 22 lagi sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia (Sabtu).

Mereka dibebaskan selepas ditahan oleh Angkatan Tentera Isr**l (I*F) ketika dalam perjalanan membawa bantuan untuk rakyat Palestin.

Scroll to Top