Rakan Maklum Zainal Rashid Ahmad Pulang Senyap-Senyap, Enggan Disanjung & Dipuji – “Dia Ingin Kembali Sebagai Insan Biasa”

Rakan Maklum Zainal Rashid Ahmad Pulang Senyap-Senyap, Enggan Disanjung & Dipuji – “Dia Ingin Kembali Sebagai Insan Biasa”

Bekas wartawan dan aktivis kemanusiaan Misi Global sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad memilih untuk ‘menyelinap’ meninggalkan perkarangan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 secara rahsia, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakannya, Syaril A. Kadir menerusi perkongsian di Facebook miliknya, bagi menjawab pertanyaan ramai yang menanti kelibat Zainal bersama 22 aktivis GSF lain sebaik tiba di KLIA Terminal 1.

“Di saat keriuhan sambutan dan laungan keperwiraan di KLIA tadi, saudara kami Tn Hj Zainal Rashid Ahmad pulang secara senyap-senyap ke rumahnya dengan dibantu saudara Syirfan Indra dan geng-geng dia.

“Airmata kami semua berlinangan bila memeluk lelaki berusia 58 tahun ini tadi di rumahnya tengah malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Syaril turut berkongsi keadaan fizikal Zainal yang dikatakan semain kurus dan terlalu letih.

“Tubuhnya makin kurus, riak keletihan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” kataya.

Syaril turut memohon orang ramai untuk memberinya ruang serta memberitahu, Zainal enggan disanjung dan dipuji atas usahanya dalam berjuang untuk rakyat Palestin di Gaza.

“Tapi itulah ZRA. Dia tidak minta sanjungan, kata-kata pujian semua itu. Jangan ganggu dia. Dia telah laksanakan apa yang dia percaya dan perjuangkan selama ini.

“Dia serahkan semuanya pada Allah yang maha Esa. Dia ingin kembali sebagai insan biasa seperti mana hari-hari sebelumnya. Jangan buang masa memuji dan menyanjungnya. Percayalah, dia tidak mahu semua itu!,” katanya.


Dunia dihebohkan dengan kekejaman pihak Isr**l yang telah menahan lebih 400 aktivis kemanusiaan misi bantuan Global Sumud Flotilla membabitkan beberapa delegasi dari seluruh negara, termasuklah 23 aktivis sukarelawan Malaysia yang turut dilaporkan ditahan dan didera secara fizikal serta mental.

Mereka yang terbabit dalam misi tersebut turut mendedahkan layanan kasar diterima sepanjang dalam tahanan, termasuk diugut, diherdik serta tidak diberi makan dan minum secukupnya.

Malah, pelakon dan sukarelawan, Ardell Aryana dikatakan ditumbuk di wajah, selain turut mengalami kecederaan bahu terkoyak, manakala PU Rahmat pula dipaksa dib*gelkan sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, kesemua 23 aktivis kemanusiaan kini berada dalam keadaan selamat dan bakal tiba di KLIA Terminal 1,  pada jam 11 malam, Isnin.

Scroll to Top