Gelagat penata gaya yang dikenali sebagai Yuti mencuri perhatian apabila tampil mengusik bakal pasangan raja sehari yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi perkongsian video tular berdurasi 16 saat, kelihatan Yuti mengajar Amira cara-cara mencium tangan dan ‘pose’ yang harus dilakukan sebaik sahaja proses membatalkan air sembahyang.
“Ada ni tengah ajar Kak Long macam mana salam yang sebenar untuk 14 haribulan ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian tersebut sekali gus berseloroh tindakan Yuti itu dilihat seakan-akan mengambil kesempatan terhadap Fattah seperti mana yang di lakukan oleh Cik Lan atau Roslan Shah pada sebuah video tular.









