Rakyat Amerika Syarikat hadapi risiko

Rakyat Amerika Syarikat hadapi risiko

Pistachio Iran.

– Advertisement –

AMERIKA Syarikat (AS) tiada untung malah mengambil rIsiko berantakan perang nuklear dengan Iran semata-mata atas sikap mempertahan Israel. Malah tak masuk akal permusuhannya terhadap Iran hanya kerana pelobi Israel atas sebab Iran reaksi kepada AS bahawa Iran tidak mengancam AS sebaliknya Trump yang dilihat provokasi Iran agar memulakan perang.

– Advertisement –

Konflik Iran dengan AS berpunca dari Israel yang menggunakan AS untuk menyingkirkan mana-mana negara kuat yang menghalang Israel. Malah catatan silam Iran dan AS berantakan dan berperang akibat pedagang pistachio Amerika tidak dapat menyaingi rasa pistachio Iran.

Produksi pistachio Iran meningkat menjadi hampir 300,000 tan metrik, naik 15 peratus seperti dilapor oleh Darioush Salempour dari Kementerian Pertanian. Dalam tahun 2000, Iran menguasai sekitar 80 peratus hingga tahun 2022 eksport pistachio AS direkod tertinggi di pasaran dunia

Para pedagang dunia mendapati pistachio Iran lebih enak dan tidak menyaingi rasa pistachio AS yang juga digunakan dalam pelbagai kuih lokal dan aiskrim. Malah harga pistachio Iran lebih mahal, iaitu tujuh dolar dibandingkan lima dolar pistachio Amerika di pasaran

Produk pistachio antara barang eksport bukan gas dan minyak (nonmigas) terpenting Iran. Iran memiliki kawasan pistachio terluas di dunia, dengan keluasan mencapai 360,000 hektar. Iran telah membangun projek pistachio komersial terbesar di dunia diikuti AS dalam pasaran global.

Iran dan AS dalam waktu mutakhir hadapi konflik proksi hingga membuat telahan jika pesawat B-52 AS memasuki zon udara Iran akan meledak hangus dan jatuh. Menurut Paul C. Robert mantan sebuah pejabat kementerian AS seperti dilapor media antarabangsa bahawa pesawat pengebomnya tidak berjaya masuki wilayah udara Iran malah jet tempur apapun AS akan meledak di langit kelak.

Ini kerana Iran memiliki sejumlah besar radar hipersonik jarak jauh yang mengesan pesawat menyebabkan AS akan kehilangan setiap kapal induk yang telah bersedia di kawasan strategik.

Ia menjadi kekalahan AS yang amat memalukan jika Iran menggunakan kekuatan yang tidak menjangkakan atas upaya Iran melawan AS tetapi jika AS meneruskan berantakan atas sikap dendam dan menggunakan senjata nuklear, mereka akan tewas kerana kasus perang dilihat sekadar uji senjata nuklear.

Iran cuba menghindari konfrontasi tetapi AS telah menyerang beberapa militan Iran di Yaman, Suriah dan Iraq sebelumnya. Reaksi Teheran juga menyerang kelompok anti-Iran di Iraq, Suriah, dan Pakistan. Iran telah membangun jaringan militan Islam, anti-Barat dan anti-Israel yang dilatih, dan dipersenjatai. Militan tersebut menjadi lebih agresif terutama kelompok Houthi di Yaman, yang telah mengganggu jalur pelayaran penting Laut Merah akhir-akhir ini.

Sementara Washington mundur atau keluar dari Timur Tengah selama bertahun-tahun, tetapi kembali ke wilayah dengan memiliki jejak militan yang agak besar di dunia Arab sebelum perang Israel-Hamas, dengan kehadiran lebih dari 30,000 tentera.

Pascaperang itu, Washington memperkuat postur militan di wilayah tersebut dipetik sumber media dari Pentagon memindahkan sekitar 1,200 anggota militan AS ke dalam kelompok penyerang kapal induk Angkatan Laut dan Unit Ekspedisi Marin yang beranggotakan sekitar 2,000 orang ke Timur Tengah.

Militan Iran siap siaga malah telah meluncurkan latihan baru di zon pertahanan udara barat dan utara negara itu termasuk Fordow dan Khondab yang menjadi tempat pengayaan uranium dan fasilitas air berat. Pasukan pertahanan Udara dan Angkatan Darat memainkan peranan utama dan solidariti di bawah panji negara telah menampilkan misi cenderung menyerang dan defensif dengan rudal, radar, peperangan elektronik, inteligen, elektronik dan unit pengintaian, serta sistem tipu daya pesawat tempur dan gempur.

Angkatan bersenjata Iran cukup terlatih dalam pelbagai kasus pertahanan pasif, tektikal perang dengan sistem pertahanan dan mobilitas canggih serta tembakan sistem rudal yang bertujuan mengevaluasi operasional berkesan dan tempur rapi terhadap potensi serangan musuh.

Oleh itu, rakyat AS mengambil risiko bencana korban jika kasus perang Iran-AS kerana meluncur perang dunia ketiga membabit negara luar jangka kerana ukuran dan uji tahap misi persenjataan masing-masing. – HARAKAHDAILY 13/4/2025

Dr Zulkeflee Yaacob

Penulis ialah Psiokososio yang juga Pakar Penasihat Wanita Kelantan.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Scroll to Top