Rakyat Bayar Cukai, Tapi Pegawai Mabuk Dan Bawa ‘Yeye’? Pendedahan Terbaru Caprice Buat Ramai Marah

Rakyat Bayar Cukai, Tapi Pegawai Mabuk Dan Bawa ‘Yeye’? Pendedahan Terbaru Caprice Buat Ramai Marah

Oh! Tidak

Caprice mempertikai duit cukai yang dibayar rakyat tapi digunakan untuk joli dan mabuk.


Penyanyi rap, Caprice mengejutkan ramai apabila mendedahkan aduan yang diterimanya mengenai ‘malam mess’ yang menjijikkan.

BACA: MINDEF Arah Siasatan Segera Kes ‘Yeye’ Dalam Kem Tentera

Dalam aduan yang diterimanya, ada dakwaan wujudnya pesta arak, layanan wanita ‘yeye’ dan pemaksaan ke atas pegawai muda untuk menuruti arahan tidak beretika dalam kem.

Arahan kejam terhadap pegawai muda

Caprice

Caprice mendedahkan beberapa mesej dan tangkap layar dari kumpulan WhatsApp mendakwa arahan diberikan kepada pegawai muda untuk membeli arak, menyediakan makanan dan juga mencari perempuan ‘yeye’.

Lebih memalukan, senarai keperluan untuk malam ‘YY’ (yang dipercayai merujuk kepada ‘yeye’) turut tular.

Caprice
Yeye

Antaranya termasuk topup liquor, air coke, makanan, bawa awek seorang, set up bar, sediakan condom, tisu dan chewing gum.

Ada yang terpaksa buat pinjaman peribadi

Caprice

Pendedahan yang diterima oleh Caprice turut mendakwa ada pegawai junior yang terpaksa menanggung semua kos demi memenuhi kehendak pegawai atasan.

Malah ada yang didakwa terpaksa buat personal loan demi menyiapkan keperluan malam pesta.

Yeye

Disebabkan ketakutan terhadap ugutan dan risiko ‘diseksa’ dalam kem, ramai pegawai muda dilaporkan memilih untuk berdiam diri walaupun mereka menjadi mangsa.

Pihak Caprice bagaimanapun tampil menawarkan bantuan untuk mengumpul bukti dan aduan secara senyap bagi diserahkan kepada pihak berwajib.

Pssttt! Kalau benar semua ini, memang cukup memalukan dan tidak boleh diterima langsung. Anggota sepatutnya menjadi benteng maruah negara, bukan mencemarkan uniform dengan perangai jijik dan penyalahgunaan kuasa. Sudah tiba masa untuk reformasi menyeluruh dalam institusi ini. Hentikan budaya ‘senior tekan junior’ yang boleh menghancurkan masa depan anak muda negara.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top