Rakyat Israel Dedah Berjaya Masuk Malaysia Dengan Beli Pasport Kedua | Oh! Tidak – Oh! Media

Rakyat Israel Dedah Berjaya Masuk Malaysia Dengan Beli Pasport Kedua | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Nas Daily Malaysia kembali jadi bualan selepas dedah pernah dihalang masuk dan kini guna pasport kedua.


Rasanya korang mesti tahu atau pernah tengok video dari Nas Daily ni. Sebelum ni dia pernah la viral merungut tak dapat masuk Malaysia sebab pegang pasport negara haram jadah Israel.

Bagaimanapun, dalam perkongsian terbarunya, Nas Daily atau namanya Nuseri Yassin dilihat berjaya memasuki Malaysia dengan pasport kedua miliknya.

Dihalang masuk kerana pasport Israel

Dalam videonya, Nas Daily mendedahkan bahawa beliau pernah dinafikan kemasukan ke Malaysia kira-kira empat tahun lalu kerana menggunakan pasport Israel.

Saya diharamkan memasuki Malaysia. Disebabkan pasport saya. Empat tahun lalu, saya berdiri di sempadan ini dan dinafikan kemasukan.

Jadi saya mendapatkan pasport kedua. Dan saya kembali semula. Kali ini, saya berjaya masuk.- Katanya.

Nas Daily sanggup beli pasport Saint Kitts And Nevis untuk masuk

Menurutnya, beliau kemudian mendapatkan pasport kedua dari Saint Kitts and Nevis dan menggunakannya untuk memasuki Malaysia pada Oktober 2022 serta sekali lagi pada 2025.

Pendedahan Nas Daily ini terus dipersoal kerana melibatkan soal dasar imigresen dan sensitiviti geopolitik negara.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi perkara yang ditemuinya sepanjang berada di Malaysia yang disifatkan sangat berbeza daripada jangkaannya.

Di dalamnya, saya menemui sesuatu yang tidak dijangka. Hutan hijau. Hujan tropika. Makanan murah. Dan budaya yang pelbagai. Melayu. Cina. India. Hidup bersebelahan.- Katanya.

Nas Daily kongsi rakyat Malaysia layan dengan baik

Beliau juga menegaskan layanan rakyat Malaysia amat baik walaupun sebelum ini beliau tidak dibenarkan masuk oleh pihak kerajaan.

Saya diberitahu saya tidak dibenarkan berada di sini. Tetapi apabila sudah berada di dalam, orang ramai menyambut saya dengan baik. Dan itulah yang saya mahu ingat.

Bukan bahawa kerajaan tidak mahukan saya masuk. Tetapi bahawa rakyat memilih untuk berbuat baik kepada saya.- Katanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang mengalu-alukan kehadirannya dan memuji mesej perpaduan yang disampaikan.

Namun, tidak kurang juga yang mengecam tindakan mendapatkan kewarganegaraan kedua semata-mata untuk memasuki Malaysia. Segelintir berpendapat langkah itu seolah-olah cuba mengelak larangan sedia ada terhadap pemegang pasport Israel.

Pssttt! Ohmedia harap korang faham setiap negara ada undang undang dan sensitiviti tersendiri. Dalam masa sama, kita sebagai masyarakat teruskan tunjuk sikap baik dan hormat antara satu sama lain.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top