Rakyat Malaysia antara dibawa pulang menerusi penerbangan repatriasi pertama Singapura dari Muscat

Rakyat Malaysia antara dibawa pulang menerusi penerbangan repatriasi pertama Singapura dari Muscat
Rakyat Malaysia antara dibawa pulang menerusi penerbangan repatriasi pertama Singapura dari Muscat

MFA memaklumkan seramai 152 rakyat Singapura dan tanggungan mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi dari Muscat, Oman, bersama-sama warga Korea Selatan dan Malaysia. Foto fail Bernama

SINGAPURA – Sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat adalah antara penumpang yang selamat tiba di Singapura pada Sabtu, menaiki penerbangan repatriasi pertama anjuran Kementerian Luar (MFA) republik itu.

MFA memaklumkan seramai 152 rakyat Singapura dan tanggungan mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi dari Muscat, Oman, bersama-sama warga Korea Selatan dan Malaysia.

“Ini mencerminkan semangat perpaduan ketika waktu krisis, sama seperti bagaimana negara lain membantu rakyat Singapura pulang ke tanah air sebelum ini.

“Kami gembira melihat mereka bersatu semula dengan orang tersayang di Singapura,” menurut hantaran MFA di laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Menurut MFA, republik itu sedang mengusahakan penerbangan repatriasi kedua dari Muscat yang dijadualkan pada Ahad.

“Kami juga sedang berusaha untuk menyediakan penerbangan repatriasi dari Arab Saudi dalam beberapa hari akan datang bagi membantu lebih ramai rakyat Singapura pulang ke tanah air,” katanya. – Bernama

Ringkasan AI

  • Sekumpulan rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat selamat tiba di Singapura dalam penerbangan repatriasi pertama anjuran Kementerian Luar Singapura
  • Sebanyak 152 rakyat Singapura dan tanggungannya mendarat di Lapangan Terbang Changi dari Muscat, Oman bersama warga Korea Selatan dan Malaysia
  • Inisiatif ini mencerminkan semangat perpaduan semasa krisis
  • Kementerian Luar Singapura mengumumkan usaha mengadakan penerbangan repatriasi kedua dari Muscat
  • Penerbangan repatriasi dari Arab Saudi juga sedang dirancang untuk membantu lebih ramai rakyat Singapura pulang
Scroll to Top