Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menegur segelintir umat Islam yang sudah mula sibuk dengan persiapan hari raya meskipun belum lagi tibanya bulan Ramadan.
Menerusi perkongsian di Threads, Ustaz Wadi turut mempersoalkan adakah kita tidak rasa malu dengan ‘tetamu’ yang mulia.
BACA: “Maki Hamun Suami, Jika Tak Sempat Taubat Neraka Tempat Dia” – Ustaz Wadi Annuar

“Ramadan belum pun tiba, tapi kita sudah mula sibuk dengan persiapan hari raya. Tidakkah kita berasa malu pada Ramadan, tetamu kita yang mulia?” tulisnya.
Sementara itu, pendakwah itu turut mengingatkan orang ramai agar persiapan raya yang dibuat tidak melebihi ibadah di bulan Ramadan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pendakwah berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang memberi alasan membuat persiapan awal kerana mahu memberi tumpuan melakukan ibadah ketika Ramadan.




