18 Februari 2026 08:02am
Masa membaca: 4 minit

Pemerhati Arab Saudi menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadan di Balai Cerap Astronomi Universiti Majmaah, kira-kira 170 kilometer dari Riyadh. – AFP
JEDDAH – Ramadan akan bermula di Arab Saudi pada Rabu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Menurut SPA, Mahkamah Diraja mengumumkan pada Selasa bahawa jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan.
Mahkamah Agung turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta kepada seluruh rakyat, penduduk dan umat Islam di seluruh dunia.
Ia juga berdoa agar Allah memberkati, menerima segala amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara itu. – Bernama
Ringkasan AI
- Ramadan akan bermula di Arab Saudi pada Rabu, 18 Februari
- Mahkamah Diraja mengumumkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan
- Ucapan selamat menyambut Ramadan disampaikan kepada Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, rakyat dan umat Islam seluruh dunia
- Doa agar Allah memberkati, menerima amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara
- Laporan oleh Agensi Berita Saudi (SPA)


