Pelakon dan usahawan Nadzmi Adhwa memohon doa agar dipermudahkan urusannya dalam misi bantuan kemanusiaan di Syria pada Ramadan ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi bersama Pertubuhan Kebajikan Aryana berangkat ke Syria semalam untuk misi kemanusiaan musim sejuk Ramadan.
BACA: Rakam Klinik Kesihatan Kosong Waktu Rehat, Nadzmi Adhwa Dikecam
“Salam semua. Doakan perjalanan kami. Ramadhan pertama saya kalini di Bumi Syam. Kita sama sama berikan sedikit kegembiraan untuk memasuki bulan Ramadan ini.
“Insyaallah kami sampaikan bantuan kalian. Rindu tanah barakah Syam. Ramadan Winter Mission Syria,” tulisnya.
Perkongsian Nadzmi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar urusannya bersama aktivis lain dipermudahkan.



