Pendakwah bebas, PU Syed sekali lagi menegur kumpulan wanita terkenal susulan pakaian yang ditampilkan dalam satu konsert baru-baru ini dikatakan mencolok mata.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed dia pernah memberikan teguran kepada kumpulan berkenaan kira-kira setahun lalu namun diibarat mencurah ais atas daun keladi.
BACA: “Boleh Seksi Gini Ye Sekarang, Dulu Faizal Tahir Baru Bukak Baju Dah Kena Banned” – Netizen
Sementara itu, PU Syed turut mengaitkan nama kumpulan tersebut dimana jika ditulis dengan huruf Arab membawa maksud sesat.
“Nama Dolla, bunyi macam ???? jika guna huruf ? + ? yang membawa maksud sesat. Dan ternyata hampir sama dah,” tulisnya.
PU Syed turut mengatakan sebagai selebriti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik sebaliknya tindakan tersebut boleh memberi pengaruh negatif kepada peminat.
“Mereka sudah menunjukkan contoh yang buruk kepada peminat dan tak pelik jika ramai yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang,” katanya.
Dalam pada itu, PU Syed berpendapat lebih baik jika para ustazah yang memberikan teguran kepada mereka bagi mengelakkan salah faham apabila pendakwah lelaki yang memberi teguran.
“Biarlah ustazah-ustazah yang tegur pulak, kang bila lelaki tegur dikata kita menengok mereka,” katanya.