Ramai cemburu, Daiyan Trisha bergambar dengan Chan Young Yoon di NYFW

Ramai cemburu, Daiyan Trisha bergambar dengan Chan Young Yoon di NYFW

Jika anda mengikut media sosial selebriti cantik, Daiyan Trisha pasti ramai mengetahui bahawa pelakon itu kini sedang berada di New York bagi memeriahkan pertunjukan fesyen.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah hantaran di platform TikTok memaparkan Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin bersama salah seorang pelakon drama Korea Selatan popular berjudul All of Us Are Dead, Chan Young Yoon telah mencuri perhatian ramai.

@nancydyler

daiyan and chan young yoon pulak 😭🫰🏻#daiyantrisha #chanyoungyoon #allofusdead #nyfw2022

♬ original sound – 🙂

Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan rasa cemburu apabila melihat penyanyi berusia 29 tahun itu dapat bergambar dengan idola kesayangan mereka.

Malah, ada yang menyatakan hasrat mahu menjadi seperti Daiyan kerana sentiasa beruntung dapat berjumpa dengan ramai artis antarabangsa yang terkenal.

Sekadar info, Daiyan merupakan antara selebriti tempatan yang kerap pergi ke luar negara untuk pertunjukan fesyen jenama terkenal dan berpeluang untuk bertemu dengan ramai artis antarabangsa.

Sumber: TikTok @nancydyler

Scroll to Top