“Soal bersedekah dan pahala ni seeloknya dibuat dalam diam”.
Demikian respons yang diberikan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah selepas namanya terpalit dengan dakwaan dan fitnah oleh seorang pengguna media sosial di TikTok.
Kata Watie, dia terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai isu mengerjakan umrah dengan menggunakan pakej mewah.
Ini kerana, ramai yang mengaitkan isu tersebut dengan masalah yang berlaku dalam syarikat suaminya seperti yang tular sebelum ini.
“Mummy terpanggil harini untuk buat penjelasan sebab nampakya makin ramai yang dah terbuat fitnah tanpa sedar.
“Kaitkan soal umrah dan isu company suami Mummy.
“Walaupun sebanarnya benda ni tak perlu pun Mummy jelaskan, tapi Mummy harap semoga kita dapat mengurangkan dosa sesama kita.
“Soal bersedekah dan pahala ni memang seeloknya di buat dalam diam…Tapi nampaknya bila didiamkan, makin banyak yang dah tersalah anggap.
“Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak rezeki yang Allah bagi pada Mummy dapat Mummy share dengan suami dan anak-anak.
“And Mummy rasa ramai je isteri yang sanggup berhabis untuk kebahagiaan rumah tangga mereka,” katanya.
Dalam hantaran sama, Watie kelihatan memuat naik sepotong video pendek pemilik akaun TikTok terbabit yang menyentuh mengenai gaya hidup Watie dan bagaimana keluarga itu pergi menunaikan umrah dengan pakej mewah.
Mengaku kesihatan mentalnya sedikit terganggu, Watie berharap tidak ada lagi orang di luar sana yang suka membandingkan kehidupannya yang dulu dan ketika Shuib masih bersama arwah Siti Sarah.
“Dengan isu yang menimpa suami Mummy. Mummy harap tak ada yang kaitkan soal lifestyle Mummy & compare kan dengan kehidupan ketika bersama arwah.
“Tak dinafikan sedikit sebanyak ia mengganggu mental health Mummy… Mummy pun ada hati dan perasaan.. And Mummy pun ada anak-anak yang perlu diberi perhatian,” jelasnya.
Sementara itu, Watie juga menegaskan bahawa harta milik arwah masih tersimpan rapi untuk anak-anaknya.
“Yang mana komen dan risau tu, Insya-Allah harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anaknya… Mummy tak sentuh.
“Hopefully sama-sama lah kita menjaga kata-kata,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Watie Hanifiah Puasa Sunat, Harap Allah Permudahkan Urusan Mahkamah Shuib – “Terima Kasih Selalu Ada…”
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta… Shuib, Pengarah Bubblebee Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan
ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja