Ramai mahu jadi ‘housemate’ Khairul Aming! Hari2 menu lain, tinggal nak makan je

Sepanjang bulan Ramadan ini, media sosial milik Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman pasti menjadi tumpuan ramai dengan berkongsi macam-macam video tutorial masakan.

Mana tidaknya, setiap video yang dimuat naik meraih jutaan tontonan dimana kelihatan ringkas, namun berjaya membuatkan warganet ‘terliur’ selepas melihat menu dihasilkannya.

Namun begitu, terdapat netizen yang menyifatkan rakan serumah kepada pemuda berusia 29 tahun itu sangat bertuah kerana dapat menikmati pelbagai juadah bersahur dan berbuka puasa tanpa perlu ‘pening kepala’.

Baru-baru ini, pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkongsi video masakan ketika bersahur di laman Twitter sebelum mengejutkan rakan-rakan serumah yang masih tidur.

“Sahur hari ni aku masak salted egg prawn, sup tauhu telur, and telur mata kicap,” tulisnya.

Bangun saja terus makan! Menurut netizen, alangkah seronoknya jika dapat menjadi rakan serumah Khairul Amin dimana setiap hari akan dihidangkan dengan menu berbeza, sedap dan menyelerakan.

Selain itu, ada juga individu kagum dengan tahap kerajinan pemuda tersebut yang bangun di awal pagi untuk memasak walaupun sibuk menghasilkan video tutorial bagi peminat setia.

Tidak dinafikan, kemunculan Khairul Amin di media sosial berjaya membantu individu yang tak reti memasak menjadi seorang yang rajin berada di dapur! Cuma kadang-kadang, masa tak mengizinkan.

Sumber: Twitter @khairulaming