Ramai Minta Kembali Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Amelia Henderson Minta Peminat ‘Move On’ – “Dah Lebih Setahun Berlalu…”

Ramai Minta Kembali Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Amelia Henderson Minta Peminat ‘Move On’ – “Dah Lebih Setahun Berlalu…”

Pelakon, Amelia Henderson mencuri tumpuan apabila membalas komen seorang individu yang memintanya kembali bersama bekas kekasih, aktor Aedy Ashraf.

Menerusi ruangan komen di platform TikTok, individu tersebut meluahkan rasa rindu mahu melihat hubungan mesra Amelia dan Aedy.

“Tak rindu Aedy ke? Saya rindu awak berdua,” katanya.

Dengan ringkas, aktres drama rantaian Kisah Cinta Kita itu menjelaskan hubungan mereka sudah terlerai selama setahun, sekali gus mengharapkan agar semua pihak ‘move on’.

Sebelum ini, Amelia dan Aedy mengesahkan hubungan mereka terputus di tengah jalan pada pertengahan tahun 2024, namin begitu mereka kini kekal sebagai kawan baik.

Punca perpisahan mereka tidak pernah didedahkan, namun difahamkan keputusan tersebut dibuat bersama bagi memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

Artikel Berkaitan: “Dia Layak Dapat Yang Lebih Baik” – Amelia Henderson Terharu Aedy Ashraf Sentiasa Beri Sokongan

Artikel Berkaitan: “Saya Yakin Dia Kuat” – Hubungan Kekal Sebagai Rakan Baik… Aedy Ashraf Harap Amelia Henderson Menang Kes Saman Penulis Skrip Drama

Artikel Berkaitan: Tak Akan ‘Get Back’, Amelia Henderson Ambil Pengajaran Putus Cinta Dengan Aedy Ashraf – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

Scroll to Top