Ramai Minta Nasihat Aslam Mengenai Poligami

Ramai Minta Nasihat Aslam Mengenai Poligami

Suami kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Ahmad Aslam berkata ramai yang meminta nasihat daripadanya berkenaan poligami ketika dia bersiaran langsung.

Memetik Utusan, Aslam bagaimanapun menganggap permintaan netizen untuk berkongsi tips berpoligami di usia muda hanya sekadar gurauan dan hanya mahu mencuit sahaja.

BACA: “Mamp*s Awal Aslam” – Resepi Serawa Durian Marissa Dania Dikecam

“Saya tidak menganggap pertanyaan fasal hal peribadi seperti itu sesuatu yang serius. Mungkin mereka cakap sebegitu sebab sengaja nak mencuit.

“Kebiasaannya saya tidak balas mesej langsung (DM) dan diam sahaja kalau nampak komen sebegitu sebab banyak perkara lain yang saya perlu ambil kira.

“Saya tidak boleh ulas lebih lanjut atau perincikan lagi berkenaan hal poligami sebab perkara ini membabitkan sensitiviti keluarga,” katanya,

Sementara, Aslam mengakui bukan perkara mudah untuk berpoligami di  usia muda namun dia tidak berhenti untuk melakukan yang terbaik dan banyak lagi perkara yang perlu diperbetulkan olehnya.

“Berpoligami pada usia muda ini tidak mudah, terutamanya, dalam enam bulan pertama sebab kita nak biasakan diri. Saya tetap cuba buat yang terbaik sehingga kini. Mana tak boleh, saya tetap usaha dan masih banyak yang perlu saya perbetulkan.

“Apa yang berlaku, saya akui dan anggap ini ujian untuk diri saya dan keluarga. Saya bersyukur dan berterima kasih untuk semuanya, alhamdulillah,” katanya.

Sumber: Utusan


Scroll to Top