Filem Istanbul Aku Datang yang pernah menjadi fenomena kira-kira 11 tahun lalu masih lagi menjadi tontonan sehingga kini.
Lakonan yang begitu ‘sweet’ dari Datin Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok menjadi antara filem yang sangat dirindukan.
Selepas berbelas tahun tidak digandingkan bersama, pelakon filem terbabit akhirnya berada di dalam satu ‘frame’ yang sama apabila kembali dalam mempromosikan satu produk makanan.
Jika sebelum ini hanya Lisa dan Beto sahaja, kini Tomok yang memegang watak sebagai Azad dalam filem terbabit juga membuat kemunculan.
Sudah tentu posting video yang dikongsi di Instagram masing-masing telah diserbu oleh peminat yang merindukan gandingan mereka bertiga dalam filem Istanbul Aku Datang.
Terdahulu, video mempromosikan produk makanan itu ada membuat video bersama Lisa Dan Beto sehingga menerima pelbagai respon positif kerana masing-masing teringat akan gandingan mereka yang cukup bersahaja sewaktu membintangi filem arahan Bernard Chauly itu.
@pakmatwestern Tersedak member dengar dah pernah kahwin dengan bini dia 🤣 #foryou #betokusyairy #lisasurihani
Nampaknya, kesinambungan daripada video pertama terbabit lebih berjaya memberi impak apabila menampilkan Tomok juga yang menjadi pasangan Lisa Surihani sewaktu di dalam filem itu.
Semoga akan ada gandingan mereka lagi untuk projek-projek video selepas ini!
Sumber: Instagram, TikTok pakmatwestern