Ramai risau tengok tutorial tudung bawal jadi serban – “Harap laki aku tak nampak!”

Ramai risau tengok tutorial tudung bawal jadi serban – “Harap laki aku tak nampak!”

Tidak dinafikan, ramai wanita memilih tudung bawal berbanding selendang kerana mudah untuk digayakan. Belum lagi melihat koleksi di dalam almari, tak terkira jumlah helaian yang sudah dibeli!

Bagaimanapun, terdapat segelintir kaum wanita meluahkan rasa bimbang selepas menonton sebuah video tutorial yang tular di platform TikTok ini.

Perkongsian video dimuat naik @saya_fazly memaparkan pemuda tersebut melakukan tutorial dengan menjadikan tudung bawal sebagai serban selepas dililit di atas kepala.

@saya_fazly

Reply to @aziahramli harap dia tengok😂 #toturialbawal #toturialserban #elrahexclusive #royalscarve #bawal #bawalcottonviral #fyp

♬ original sound – Saya_Fazly – Saya_Fazly

Seleps menghasilkan dua langkah lilitan dalam beberapa saat sahaja, siapa sangka serban itu tidak kelihatan seperti tudung bawal dan nampak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki.

Berikutan itu, warganet terutama kaum wanita mula terfikir akan ‘orang rumahnya’ seperti suami atau adik-beradik lelaki yang mungkin akan melakukan perkara sama selepas melihat video berdurasi 30 saat berkenaan.

Selain disifatkan jimat untuk digunakan tanpa mengenal jantina, ada juga yang bercadang mahu menyimpan koleksi tudung bawal mereka di tempat tersorok daripada si suami.

Tak salah berkongsi bagi tujuan yang baik. Tapi untuk gaya berserban sahaja ya, jangan buat stail lain pulak. Awak tu lelaki, buat cara lelaki!

Sumber: TikTok @saya_fazly

Scroll to Top