Ramai sebak lihat van jenazah ‘beratur’ dijalan menuju ke tanah perkuburan

Kes harian Covid–19 di negara ini semakin hari semakin membimbangkan. Hari ini sahaja sudah melebihi 20,000 kes positif dengan 164 kes kematian dicatatkan.

Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, pengguna media sosial berkenaan dikenali sebagai @JalalMisai_2 telah memuat naik video van jenazah ‘beratur’ panjang di jalan raya membawa jenazah yang hendak dikebumikan di tanah perkuburan.

Situasi tersebut sememangnya sangat menyedihkan kerana dapat dilihat berapa ramai yang telah terkorban disebabkan pandemik ini.

Dalam salah satu komen balasan di ruangan Twitter @JalalMisai_2, ada pengguna Twitter telah memuat naik beberapa gambar situasi di tanah perkuburan Sungai Sireh, Klang apabila banyak van jenazah parkir di situ untuk menurunkan jenazah bagi dikebumikan.

Menurutnya, lebih daripada 10 buah van jenazah setiap hari berhenti di tanah perkuburan tersebut bagi menyempurnakan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

Perkongsian video dan gambar-gambar yang dinyatakan dilihat mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata berasa sebak melihat situasi sekarang dan memaklumkan van jenazah lebih kerap ‘bergerak’ tidak seperti dahulu kerana kenderaan tersebut dan juga ambulans sedang ‘merajai’ jalan raya bagi membawa pesakit serta jenazah pesakit Covid-19.

Sumber: Twitter @JalalMisai_2, ArshadRoslan