Ramai sokong had umur persaraan wajib 60 tahun

Ramai sokong had umur persaraan wajib 60 tahun

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kebanyakan individu menyokong had umur persaraan wajib yang sesuai adalah 60 tahun.

Undian dibuat menerusi WhatsApp Channel Harian Metro mendapati 3,500 undian menyokong 60 tahun adalah usia yang sesuai untuk persaraan di negara ini.

Manakala 217 undian pula untuk usia 61 hingga 65 tahun dan 171 undian untuk usia 66 hingga 70 tahun.

Sementara itu, kebanyakan individu juga tidak menyokong had umur persaraan wajib dinaikkan apabila sebanyak 3,800 undian berpendapat tidak wajar ia dilaksanakan, manakala sebanyak 287 pula membuat undian wajar.

Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan had usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun.

Beliau berkata, perubahan had usia persaraan itu wajar kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top