Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob hangat diperkatakan susulan perkongsiannya di Threads yang dilihat semakin berani dan terbuka, khususnya apabila menyentuh isu wanita serta masalah rumah tangga secara umum.
Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang mendakwa hantaran tersebut sekadar untuk menghangatkan suasana bagi mempromosiikan lagu terbarunya berjudul Tiga Kali.
Bagaimanalan, Fazley menafikan dakwaan tersebut sekali gus menegaskan setiap ciapannya itu berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, selain daripada mesej peribadi (DM) yang diterima daripada pengikut.
“Apa yang saya tulis di Threads biasanya adalah laluan hidup saya dan juga perkara yang saya baca daripada DM.
“Saya nampak ramai yang terkesan dengan apa saya katakan. Kalau terkesan, ambillah sebagai iktibar. Jangan anggap itu racun. Yang pahit tak semestinya racun, dan yang manis bukan selamanya madu,” katanya.
Fazley berkata demikian ketika ditemui pada program Ramadan Raya (RR) 2026: Jwanjih Kenyang, baru-baru ini.

Pelantun lagu Asama itu turut mengakui pengikutnya akan mencarinya jika lebih 12 jam tidak memuat naik sebarang hantaran.
Dalam pada itu, Fazley mendedahkan lebih 50 peratus hantaran yang dikongsikan itu berpunca daripada luahan pengikutnya sendiri.
“Saya akan terima hampir 30 hingga 40 orang DM dan tanya, ‘bang, apa nak bincang hari ini?’. Sebab itu kadang-kadang saya perlu buat ‘disclaimer’.
“Contohnya bila saya bercakap tentang wanita yang tidak memasak di rumah, ramai yang terasa. Sedangkan itu adalah lontaran daripada ramai suami dalam Threads minta saya suarakan.
“Tak ramai suami berani sentuh isu tentang isteri. Bila saya dah ‘single’. mungkin lebih mudah untuk saya bercakap tanpa kekangan,” katanya.
Artikel Berkaitan: “Kalau Nak Laser Ketiak Ke, Misai Ke, Bibir Ke.. Suka Hati! Tak Payah Canang 1 Malaysia”- Fazley Yaakob
Artikel Berkaitan: “Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob




