Ramai suka tengok gandingan Shuib & Ryan Bakery – “Tak puas, nak lagi!”

Ramai suka tengok gandingan Shuib & Ryan Bakery – “Tak puas, nak lagi!”

Nama Ryan Bakery semakin mendapat tempat di hati netizen selepas menghasilkan kandungan video yang mengimbau zaman kanak-kanak sehingga meraih berjuta tontonan di aplikasi TikTok.

Terbaru, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menampilkan pemuda berusia 27 tahun itu dalam video lakonan bagi mempromosikan bisnes minuman miliknya iaitu BubbleBee.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan Shuib sedang membeli beberapa menu BubbleBee sambil dipandang oleh Ryan yang membawa watak seorang kanak-kanak.

Kasihan melihat Ryan seolah-olah teringin untuk merasa, dia kemudian menghulurkan cawan aiskrim yang dibelinya sebelum dilarikan oleh ‘kanak-kanak’ tersebut.

Posting itu mendapat 48,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen netizen termasuk rakan artis yang meluahkan rasa lucu dan terhibur melihat ragam kedua-dua watak berkenaan.

Malah, terdapat juga netizen menyifatkan gandingan itu berjaya dan tidak mengecewakan walaupun tanpa melibatkan sebarang dialog.

Tanpa mencipta kontroversi seperti segelintir pempengaruh media sosial lain, Ryan mempunyai kelompok peminat sendiri dengan pengikut sebanyak 2.2 juta di TikTok setakat ini.

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

♬ original sound – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu , TikTok Ryan Bakery

Scroll to Top