Ramai tersentuh lihat ibu setia teman Azhan Rani di hospital -“40 tahun dia jadi ‘doktor’”

Ramai tersentuh lihat ibu setia teman Azhan Rani di hospital -“40 tahun dia jadi ‘doktor’”

Baru-baru ini, kemalangan jalan raya yang melibatkan pelakon terkenal, Azhan Rani sememangnya membuatkan ramai terkejut. Mana tidaknya, khabar tersebut hanya diketahui selepas pelakon, Beto Kusyairy memuat naik hal tersebut di media sosial.

Selepas mendapat rawatan dan berada dalam keadaan stabil, Azhan Rani telah kembali ke media sosial dengan memaklumkan perkembangan terkini keadaannya.

Pelakon itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat akan kondisi kesihatannya dan memohon maaf kerana tidak dapat membalas segala panggilan serta mesej yang diterima kerana pergerakan masih terbatas.

Dalam salah satu perkongsian yang dibuat pelakon drama Nur itu, Azhan telah memuat naik gambar bersama ibu tersayang dengan menulis kapsyen yang menyentuh hati ramai.

Dalam posting tersebut dia memaklumkan yang wanita disebelahnya sudah 40 tahun menjadi ‘doktor’ dan masih kekal menjadi ‘doktor’ untuk dirinya.

Ramai yan setuju dengan kenyataan pelakon tersebut kerana sememangnya seorang ibu adalah ‘doktor’ yang paling setia merawat kita dikala sedang sakit.

Dalam pada masa yang sama, Azhan juga telah berkongsi gambar terbaru ketika sedang menerima rawatan dan dalam proses menjalani fisiotrapi untuk memastikan kecederaan yang dialami segera pulih.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mengakui bahawa kasih seorang ibu sememangnya membawa ke syurga dan tak akan membiarkan anaknya seorang diri menahan rasa sakit.

Mereka juga turut menitipkan doa agar Azhan Rani segera sembuh dan segala urusannya dipermudahkan supaya boleh kembali bekerja di set pengambaran.

 

 

Sumber: Instagram Azhan Rani

 

Scroll to Top