Ramai teruja, TokTi ‘sempoi’ nyanyi sambil pegang perut di majlis Ernie-Syamel

Majlis resepsi Ernie Zakri dan Syamel sememangnya meriah dengan kehadiran rakan artis dan juga para peminat masing-masing yang sama-sama meraikan hari istimewa pasangan ini.

Selain daripada majlis yang sederhana namun terlihat eksklusif itu, kehadiran penyanyi nombor satu negera, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah sarat hamil anak kedua juga cukup membuatkan ramai ‘histeria’.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian daripada akaun TikTok kelab peminatnya, @sitizoner, mereka telah memuat naik video rakaman Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti mendendang lagu Aku Cinta Padamu khas buat pengantin.

@sitizoner

Powerrrrr #fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Beliau yang hadir bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dilihat mengenakan busana bewarna merah jambu telah berdiri dan spontan menyanyikan lagu tersebut.

Walaupun usia kandungan sudah menghampiri sembilan bulan, suara Tok Ti masih lagi power dan mendapat sorakan daripada semua yang hadir.

Video tersebut juga telah dimuat naik kembali di akaun Twitter milik seorang pengguna dikenali sebagai Saufie Tamdjis dan mendapat respon yang positif daripada warganet.

Dapat dilihat wajah gembira pasangan Ernie Zakri dan Syamel yang begitu teruja ‘dihadiahkan’ dendangan lagu yang cukup istimewa buat penyanyi kesayangan ramai itu.

Menerusi media sosial, baik di Twitter ataupun di TikTok, kesemuanya memuji penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu humble dan masih power menyampaikan lagu walaupun sedang sarat hamil anak kedua.

Sumber: @sitizoner, saufie Tamdjis