“Ramai Yang Sayangkan Dia” – Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

“Ramai Yang Sayangkan Dia” – Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

Pengawal peribadi kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, meluahkan rasa prihatin dan ambil beratnya terhadap anak majikannya iaitu, Nur Fatima Aisya, selain mendoakan agar si cilik itu dilindungi daripada individu berniat buruk.

Menerusi satu hantaran video pendek yang dimuat naik di media sosial, Fatima kelihatan ceria apabila diberikan coklat dan gula-gula oleh pengawal peribadi yang dikenali sebagai Shahaszrin Mohd Sabiruddin atau lebih mesra dipanggil Uncle Shah.

Malah, Shahaszrin juga sempat memuat naik kapsyen khas buat Fatima.

“Ramai yang sayangkan Fatima. Uncle Shah always doakan supaya Fatima dijauhkan dari orang-orang  yang munafik dan jahat,” tulisnya ringkas.

Sedar dengan hantaran yang dimuat naik dan doa yang dikirimkan buat anak tersayang, Fazura tampil membalas perkonsgian tersebut sekali gus mengucapkan terima kasih buat pembantu peribadinya itu.

“Aamiin ya Allah. Terima kasih yang tidak terhingga Uncle Shah.

“Allah tahu, kita pun tahu,” balasnya beserta emoji hati berwarna putih.

Scroll to Top