Ramalan bos McLaren tepat

Ramalan bos McLaren tepat

London: Impian Zak Brown yang meramalkan pemandu McLaren akan bersaing sesama sendiri terbukti tepat.

Peraturan dalaman McLaren yang digelar ‘Papaya Rules’ mula menjadi perhatian musim lalu ketika Lando Norris dilihat berpotensi mencabar Max Verstappen bagi kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

McLaren ketika itu dikritik kerana tidak menamakan pemandu nombor satu, sekali gus gagal memberikan sokongan penuh kepada Norris untuk mengatasi Verstappen.

Malah, Norris turut kehilangan beberapa mata penting ketika bersaing dengan rakan sepasukannya, Oscar Piastri.

Namun musim ini, sama ada Piastri atau Norris dijangka bakal muncul juara dunia F1.

Falsafah Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown, yang membenarkan kedua-dua pemandu berlumba secara adil tanpa keutamaan pasukan, ternyata membuahkan hasil.

“Setahun lalu kami mempersoalkan ‘Papaya Rules’ kerana cara perlumbaan berlangsung antara Oscar dan Lando.

“Setahun kemudian, saya suka apa yang mereka lakukan,” kata wartawan Fox Sports Mexico, Diego Mejia dalam podcast F1 Nation.

Ketika ini, Piastri mendahului kejuaraan dengan sembilan mata berbanding Norris, yang baru memenangi Grand Prix Hungary.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top