Rambut Merah Persis TOP Big Bang, Kenyataan Fattah Amin Dipertikai… Warganet Bergaduh Di Ruangan Komen

Rambut Merah Persis TOP Big Bang, Kenyataan Fattah Amin Dipertikai… Warganet Bergaduh Di Ruangan Komen

Pelakon popular, Fattah Amin semakin menuai tumpuan apabila setiap gerak langkah dan tindakannya kini mula diperhati.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fattah berkongsi wajahnya yang dijadikan sebagai penghias muka depan majalah fesyen popular dengan rambut berona merah dan memakai rantai.

“Saya mahu menjadi seorang manusia, Muslim dan bapa yang baik. Tahun ini juga saya ingin memberi fokus yang lebih kepada kerjaya saya.

“Saya mahu menjadi seorang selebriti yang lebih baik berbanding sebelumnya yakni boleh memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.

“Semoga tahun ini, Allah SWT sentiasa melindungi saya,” katanya.

Penampilan yang segak dan diluar jangkaan itu sekaligus menuai sorotan ramai pihak apatah lagi kapsyen yang tertera pada hantaran berkenaan dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya.

Bagaimanapun, masih ramai pengikut dan peminat pelakon filem KL Special Force itu tampil mempertahankan Fattah apabila memuji penampilannya yang dikatakan persis ahli anggota kumpulan tekenal Korea, Big Bang iaitu Top selain menjelaskan ia hanyalah sekadar tuntutan kerja semata-mata.

 

Scroll to Top