Rampas beg tangan wanita selepas kereta dilanggar, lelaki ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merampas beg tangan seorang pemandu wanita yang terlanggar keretanya di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berusia 56 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, petang semalam.

“Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan tiga kenderaan. Kejadian berlaku apabila wanita yang memandu kereta BMW terlanggar belakang sebelah kanan kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki terbabit di hadapannya.
“Pelanggaran itu menyebabkan kereta lelaki itu terlanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HRV di hadapan yang dipandu oleh seorang wanita,” katanya.

Menurut Baharudin, tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 selain  turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

@zairulnaimeft

Jika menggalami kemalaggan.jgn jadi mcm ni bodoh..call kami kami bleh uruskan.#EFT RESCUE TEAM#claim advisor.

♬ original sound – INCAS [email protected]/VISOR LDT TEAM – INCAS [email protected]/VISOR LDT TEAM

Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan lelaki terbabit bertindak kasar dengan merampas beg tangan bagi mendapatkan kad pengenalan kerana bimbang sekiranya pemandu wanita berkenaan melarikan diri.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain) , TikTok @zairulnaimeft