Rancang percutian idaman bersama Malaysia Airlines dengan tawaran istimewa

Rancang percutian idaman bersama Malaysia Airlines dengan tawaran istimewa

Kuala Lumpur: Perancangan percutian kini menjadi lebih mudah dengan orang ramai digalakkan membuat tempahan terus melalui saluran rasmi syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines.

Selain memudahkan perjalanan, Malaysia Airlines juga bakal memperkenalkan tiga laluan baharu iaitu Shenzhen, Changsha dan Fukuoka tidak lama lagi, selari dengan Jualan Dalam Talian MATTA Fair, bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengembara.

Laluan Shenzhen dan Changsha ditawarkan pada harga bermula RM1,088 dua hala termasuk semua, manakala Fukuoka bermula RM1,788 dua hala termasuk semua.

Laluan Shenzhen dijadualkan bermula 1 Julai 2026, diikuti Changsha pada 8 Julai 2026 dan Fukuoka pada 2 September 2026.

Inisiatif sempena Jualan Dalam Talian MATTA Fair Malaysia Airlines ini bukan sahaja memberi nilai tambahan kepada ahli Enrich, malah menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi lebih 69 destinasi termasuk destinasi antarabangsa dan domestik terpilih. 

Pelanggan yang menempah terus melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih juga boleh menikmati pelbagai kelebihan eksklusif seperti diskaun tambahan lima peratus bagi ahli Enrich, selain ganjaran sehingga lima kali ganda Bonus Points. 

Tambahan lima peratus lagi turut ditawarkan apabila membuat pembayaran menggunakan kad Visa.

Selain itu, pelanggan turut layak menerima diskaun 20 peratus bagi pemilihan tempat duduk dan 30 peratus untuk tambahan bagasi daftar masuk, di samping kemudahan penukaran tarikh perjalanan percuma.

Antara destinasi yang boleh diterokai termasuk Paris, London, Melbourne, Trivandrum, serta destinasi domestik popular seperti Kuching, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi lain, dengan diskaun istimewa yang terpakai bagi semua laluan Malaysia Airlines.

Tempoh jualan adalah dari 31 Mac hingga 13 April 2026, manakala tempoh perjalanan adalah dari 31 Mac 2026 hingga 31 Mac 2027.

Menawarkan pakej menyeluruh

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mag%20hm%202.jpg"responsive"

Sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, Malaysia Airlines menawarkan pakej menyeluruh termasuk hidangan dalam penerbangan, bagasi daftar masuk bermula dari 20 kilogram, serta hiburan tanpa kos tersembunyi.

Inisiatif ini bertujuan menawarkan fleksibiliti dan nilai terbaik dalam pengurusan perjalanan pelanggan.

Usaha ini juga dilihat sebagai langkah berterusan dalam memperkukuh kedudukan Malaysia Airlines sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman penerbangan premium dengan nilai yang lebih berbaloi.

Orang ramai disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi menikmati tawaran terbaik serta memastikan pengalaman percutian yang lebih lancar dan menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari MalaysiaAirlines.com.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top