Ranking FIFA: Langkah besar Harimau Malaya

Ranking FIFA: Langkah besar Harimau Malaya

Harimau Malaya mencatatkan keputusan positif dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

HARIMAU Malaya dijangka bakal melangkau sehingga tujuh anak tangga dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas kejayaan menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Berdasarkan pengiraan tidak rasmi, Harimau Malaya telah memungut 26.15 mata hasil dua kemenangan tersebut untuk meletakkan pasukan kendalian Kim Pan-gon itu di kedudukan ke-130 dunia.

Ketika ini Malaysia berada di kedudukan ke-137 dunia dalam kemas kini terakhir yang dilakukan FIFA pada Oktober lalu.

Untuk rekod ranking terbaik yang pernah dicapai oleh Harimau Malaya adalah kedudukan ke-75 dunia ketika pengiraan ranking FIFA mula diperkenalkan pada 1992.

Scroll to Top