Rapat dari kecil, adik kakak naik pelamin sekali -“Partner tarik rambut dah kahwin”

Majlis perkahwinan sememangnya satu hari yang sangat istimewa terutamanya buat mempelai dan ahli keluarga. Rasanya, perkara tersebut akan bertambah bahagia apabila pengantin naik pelamin serentak dengan adik-beradik juga.

Mana tidaknya, ‘geng’ dari kecil selalu bermain dan bertengkar sehingga dewasa akhirnya turut bertemu jodoh di waktu yang sama.

Hal ini samalah seperti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @harumaneh apabila memuat naik momen gembira dengan adiknya.

@harumaneh

👩🏼‍🤝‍👩🏻 partner lawan tarik rambut dah kawen 🥺🤌🏻 #adikakak

♬ original sound – Muhd Arash – ArashAmer

Menurutnya, mereka memang rapat dan sememangnya adik-beradik akan bergaduh serta berkongsi gembira bersama-sama. Namun siapa sangka mereka juga akhirnya bersama di pelaminan dengan pasangan masing-masing.

Namun begitu, sesetengah netizen dilihat kurang bersetuju dengan perkahwinan mereka berikutan masih terpengaruh dengan ‘kata orang tua-tua’ yang  mempercayai majlis perkahwinan adik-beradik secara serentak ini tidak elok.

Tetapi, ramai juga yang menyangkal dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa kenyataan itu boleh menjurus ke arah syirik andai terlampau mempercayai. Hal ini berikutan semua yang terjadi sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.

Walau bagaimanapun, rata-rata komen yang diterima berasa gembira dengan perkahwinan tersebut dan menyatakan teringin untuk berada satu pelamin dengan adik-beradik yang lain suatu masa nanti.

 

Sumber: TikTok @harumaneh