“Rasa Macam Ditusuk Dengan Batang Kayu” – Tak Segan Mengaku Alami Buasir, Fizie Roslan Bersyukur Semakin Pulih

“Rasa Macam Ditusuk Dengan Batang Kayu” – Tak Segan Mengaku Alami Buasir, Fizie Roslan Bersyukur Semakin Pulih

Pengalaman ngeri diserang buasir pada malam pertama Aidilfitri lalu nyata meninggalkan kesan mendalam buat penyampai radio, Fizie Roslan.

Mengimbas detik ‘menakutkan’ itu, Fizie mengakui rasa sakit yang dialaminya sangat luar biasa, sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Waktu tu, rasa macam ditusuk dengan batang kayu… Memang tak tertahan. Cuma Tuhan saja tahu peritnya. Saya turut mengalami trauma untuk makan kerana takut perlu ke tandas,” kata Fizie.

Keadaan semakin sukar apabila dia langsung tidak mampu berdiri dengan sempurna, apatah lagi menjalani rutin harian seperti biasa.

Bahkan ketika bersiaran di konti radio, Fizie terpaksa duduk beralaskan bantal demi mengurangkan kesakitan.

“Ramai yang ingat saya tengah stres atau marah, tapi sebenarnya saya tengah tahan sakit. Duduk pun kena lapik bantal,” ceritanya lagi.

Fizie menjelaskan, dia sudah mencuba beberapa rawatan dan ubat sebelum ini, tetapi tidak mendatangkan hasil.

Titik perubahan berlaku selepas dia bertemu dengan Dr Afif Mohd Ridzwan dari Pusat Rawatan Al Farhain, yang memperkenalkannya kepada suplemen EnerVast.

“Selepas ambil suplemen ni, barulah saya rasa lega. Saya boleh kawal masa nak ke tandas dan tak perlu tergesa-gesa macam sebelum ni. Badan pun rasa lebih ringan dan selesa. Saya bersyukur kerana semakin pulih,” katanya.

Menurut Dr Afif, EnerVast merupakan hasil kajian klinikal berdasarkan kes sebenar pesakit yang menghadapi masalah berkaitan sistem penghadaman dan metabolisme.

“Kita gabungkan dua bahan utama, daun senna dan halia bara yang sememangnya terkenal dalam rawatan tradisional, tetapi diformulasikan mengikut dos yang selamat dan berkesan,” katanya.

Tambah Dr Afif, suplemen ini membantu proses detoksifikasi, melancarkan sistem pencernaan, serta menyokong kesihatan jantung dan kawalan berat badan. Ia boleh diambil seawal usia 13 tahun, termasuk ibu menyusu.

Disebabkan keberkesanan produk tersebut, Fizie kini dilantik sebagai duta rasmi EnerVast dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan usus dan kesihatan dalaman.

“Saya tak sangka produk ini benar-benar beri kesan. Sebab tu saya rasa bertanggungjawab untuk kongsikan pengalaman saya. Ramai yang mungkin diam-diam menanggung masalah yang sama macam saya dulu,” katanya.

Melihat sambutan hangat daripada pengguna, syarikat kini sedang membangunkan dua variasi baharu iaitu EnerVast Advance dan EnerVast Plus, dengan formula lebih padu untuk pasaran lebih luas.

“Kami percaya EnerVast boleh jadi sebahagian daripada rutin sihat rakyat Malaysia. Ia bukan ubat ajaib, tapi formula yang terbukti membantu berdasarkan pengalaman sebenar,” jelas Dr Afif.

Ditubuhkan sejak 2020, Pusat Rawatan Al Farhain kini berkembang pesat dengan 11 klinik di Pantai Timur, tiga farmasi dan dua pusat dialysis.

Scroll to Top