Asyik binge-watch drama dekat telefon pintar saja, mana puas! Itu belum cerita lagi pasal skrin lag atau visual tiba-tiba pecah, fuhh memang potong betul! Lagi-lagi kalau main permainan video, memang tak akan puas!
Daripada korang terseksa menggunakan telefon pintar untuk buat semua aktiviti ini, apa kata korang dapatkan televisyen yang betul-betul berbaloi, dengan visual yang sangat jelas, audio padu, dan paling penting, tak lag!
Tapi, sebelum korang beli televisyen baru, jenis paparan yang berbeza akan memberikan pengalaman tontonan yang berbeza tau.
Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis paparan televisyen di pasaran, antaranya:
– QD-Mini LED: lebih terang daripada OLED, visual tak berapa tajam (tapi perbezaan tak dapat dilihat dengan purata mata manusia), dengan harga yang lebih murah
– OLED: skrin terbaik yang diiktiraf dan digunakan pada peranti seperti iPhone, namun dijual pada harga yang mahal
– Mini LED: boleh mengawal piksel sendiri seperti OLED, namun jauh lebih murah
– QLED, LED, LCD: teknologi yang sedikit lama berbanding yang lain, namun masih lagi berpatutan
Haa, nak tahu televisyen apa yang betul-betul berbaloi untuk dimiliki? Jawapannya, Haier M80 QD-Mini LED TV! Kalau korang nak tahu kenapa ia berbaloi, meh sini kami kongsikan.
Visual Memukau, Seolah-Olah Seperti Kehidupan Nyata!
Sebelum kita nak beli sebuah televisyen, mestilah kita akan tengok terlebih dahulu spesifikasi terutama sekali kualiti visual, audio dan prestasi, sama ada berbaloi atau pun tidak untuk dimiliki betul tak?
Percaya tak kalau kami kata Haier M80 QD-Mini LED TV ini sangat berbaloi untuk dimiliki, lagi-lagi kalau korang bujang atau korang nak hadiahkan kepada ibu bapa?
Menerusi teknologi ini, ia bukan saja sesuai untuk persekitaran yang gelap, malah ia juga boleh digunakan pada persekitaran yang terang.
Visual Lebih Jelas Dengan Dolby Vision

Lagi best, Haier M80 QD-Mini LED TV ini juga dikuasakan dengan Dolby Vision memastikan setiap adegan dipaparkan dengan kecerahan, kontras dan warna yang optimum, memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan! Psst, ia juga mempunyai Low Blue Light tau!
Rasa Seperti Di Pawagam, Audio Haier M80 Adalah Yang Terbaik!

Selain visual yang sangat jelas, Haier M80 QD Mini LED TV ini juga menawarkan pengalaman audio yang next level dengan ciri audio terbaik seperti KEF, yang dapat menghasilkan bunyi lebih jelas dan mengasyikkan dalam tetapan audio rumah dan pawagam rumah.
Dolby Atmos
Bukan itu saja, korang sendiri akan rasa seperti berada di dalam pawagam atau di bawa ke dalam filem yang korang tonton dengan ciri Dolby Atmos. Haa, ciri ini sangat popular digunakan untuk pawagam tau.
Terasa Seperti Di Pawagam, M80 Dilengkapi Dengan Saluran Bunyi 5.1.2 & 2.1.2
Selain itu, korang juga boleh pilih daripada pelbagai konfigurasi berbilang saluran untuk setup audio yang terbaik, dengan pembesar suara khas untuk frekuensi berbeza, korang berpeluang untuk mendengar bunyi yang lebih seimbang dan memenuhi ruang.
Ia juga dapat meningkatkan pengalaman teater rumah korang dengan subwoofer terbina dalam yang ada pada Haier M80.
Dengan semua ciri audio ini, kami yakin korang mesti tak akan tengok filem di pawagam lagi dah! Cukup duduk di rumah, makan popcorn, goyang kaki sambil tonton filem atau drama kegemaran korang!
Dihasilkan Khas Untuk Tontonan Filem, M80 Ini Juga Sesuai Untuk Gaming!

Kalau korang memang seorang gamer tegar, Haier M80 QD Mini LED TV adalah pilihan yang sangat tepat!
Game Mode
Apa yang membuatkan televisyen ini sesuai untuk gamers di luar sana adalah ia dilengkapi dengan Game Mode iaitu mod permainan yang mengoptimumkan pengalaman permainan dengan memberikan akses keutamaan tertinggi kepada CPU dan GPU korang.
Paling penting, korang dapat bermain video game atau tonton filem dan drama dengan lebih smooth melalui ciri MEMC, VVR dan ALLM! Ia dapat meningkatkan gerakan dengan lebih lancar dan responsif serta mengurangkan kabur, lagi-lagi pada pergerakan visual yang pantas.
Haier M80 QD Mini LED TV ini turut dilengkapi dengan ciri lain seperti Bluetooth 5.2, Wi-Fi 5, HDMI 2.1, memori (RAM*ROM) sebesar 2GB RAM 32GB ROM, serta kawalan suara bebas tangan bagi memberikan pengalaman lebih mengasyikkan apabila bermain permainan video.
Visual Lebih Jelas Dengan Dolby Vision

Televisyen ini menawarkan saiz skrin yang sesuai untuk keluarga kecil iaitu 65, 75 and 85 inci beserta paparan skrin QD-Mini LED, teknologi Quantum Dot dengan beribu-ribu zon peredupan tempatan untuk kecerahan dipertingkatkan, warna terang dan kontras luar biasa tau.
Jadi, dengan semua ciri dan spesifikasi yang kami dah bagitahu ni, berbaloi kan untuk dimiliki? Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Haier M80 QD Mini LED TV sekarang!
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Haier, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.