“Rasa nak cari pengganti…”- Suami berang isteri tukar pampers anak kurang 200 gram

“Rasa nak cari pengganti…”- Suami berang isteri tukar pampers anak kurang 200 gram

Membesarkan anak pada masa kini bukanlah mudah seperti yang disangkakan, terutama melihat harga barangan semasa yang semakin meningkat.

Ekoran itu, ramai golongan ibu bapa mengambil pendekatan berlainan dengan berjimat cermat apabila menggunakan atau membeli sesuatu barangan keperluan anak-anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali @rudidemaio, memaparkan seorang suami mengajar isterinya berjimat cermat ketika menukar lampin pakai buang bayi mereka.

Lelaki itu mengajar isterinya untuk menimbang sehingga 200 gram terlebih dahulu sebelum menukar lampin anaknya.

@rudidemaio

Udah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…

♬ Pargoy Daun – putri_pass

Apa yang menarik perhatian warganet, lelaki itu memarahi isterinya kerana menukar lampin bayi meskipun belum mencecah berat yang ditetapkan olehnya.

Bagi dirinya, keadaan lampin tersebut masih ringan dan boleh dipakai lagi kerana baru mencecah sekitar 122 gram.

Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya itu, pengguna itu memberitahu dirinya seperti mahu mencari pengganti yang baru.

“Rasa seperti mahu menggantikan isteri sahaja,”tulisnya.

Walau bagaimanapun, perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dengan mengatakan sikap seorang suami kedekut seperti lelaki itu sebenarnya harus diganti.

Mereka mengatakan si suami lebih mengutamakan duit lebih daripada keluarga sendiri.

Di samping itu, ramai mengkritik tindakan lelaki itu dalam soal berjimat sehingga mengabaikan keselesaan pada si anak apabila memakainya dalam tempoh agak lama.

Akibat menerima pelbagai kritikan, lelaki itu memaklumkan video tersebut hanyalah konten semata-mata dan ia merupakan gurauan manja suami isteri.

Sumber: TikTok @rudidemaio

Scroll to Top