Isu kesesakan jalan raya yang hangat diperkatakan minggu ini turut ‘menjerat’ pelakon popular, Zara Zya.
Menerusi perkongsian di Threads, Zara meluahkan rasa tertekan apabila perjalanan paginya dari Setia Alam ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir dua jam, jauh lebih lama daripada kebiasaan.
“Saya faham macam mana stressnya orang pergi balik kerja hadap jem.
“Pagi ni, saya dari Setia Alam menuju ke KL mengambil masa selama 2 jam.
“Rasa nak keluar kereta dan jalan kaki je. Tapi panas lah pula,” tulisnya.
Luahan bersahaja itu bagaimanapun menggambarkan realiti sebenar yang sedang dihadapi ramai pengguna jalan raya minggu ini, khususnya di laluan utama menuju ke ibu kota yang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka turut berdepan situasi sama, ada yang mendakwa perjalanan biasa 40 minit kini mencecah lebih satu setengah jam.
Sebelum ini, nama Zara menjadi sebutan hangat di media sosial selepas dikaitkan bercinta dengan bekas tunang pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan, Datuk Seri Khazrul Elzey yang juga bekas tunang kepada pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.
Usahawan berkenaan dilaporkan secara terbuka memuji personaliti Zara selain mengakui tidak menolak sekiranya mereka mempunyai jodoh.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menegaskan dakwaan yang tular itu adalah tidak benar dan sudah melampaui batas.
Artikel Berkaitan: “This Is Too Much” – Zara Zya Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Bekas Tunang Pelakon




