“Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi” – Uqasha Senrose Geram Wajah Anak Dipersoal

“Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi” – Uqasha Senrose Geram Wajah Anak Dipersoal

“Bila komen sudah beratus yang semuanya toksik dengan ada tulis komen, kasihan anak kalau baca bila besar nanti”.

Demikian respons pelakon jelita, Uqasha Senrose mengenai laporan berita yang pernah tular baru-baru ini melibatkan anaknya, Hawra Uqaira.

Menurut Uqasha, laporan berita yang dikeluarkan itu tidak tepat apatah lagi kenyataan yang dikeluarkan adalah ketika dia sedang berbual dengan juru soleknya.

“Tak tahu kenapa ia ditulis sebegitu seperti ‘Uqasha persoalkan kepada doktor, anak siapa sebab muka macam… Itu nampak macam satu tajuk yang orang macam ingat, ‘kau tak mengaku anak ke?

“Bila komen sudah beratus yang semuanya toksik dengan ada tulis komen, kasihan anak kalau baca bila besar nanti.

“Bila komen sudah beratus yang semuanya toksik dengan ada tulis komen, kasihan anak kalau baca bila besar nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Uqasha menegaskan bahawa dia tidak mudah melatah jika ia melibatkan isu peribadinya namun, tidak melibatkan anaknya.

Tambahnya, dia juga tidak kisah jika ada yang menulis mengenai perkara itu tetapi berita yang ditulis haruslah tepat dah masuk akal.

“Selama ini, saya memang tak pernah melenting dengan berita mengenai saya yang ditulis,” tegasnya.

Mengaku laporan itu memberi impak buat dirinya, Uqasha berharap agar berita yang ditulis haruslah tepat dan masuk akal, bukan hanya mahu meraih tanda suka dan jumpah tontonan yang ramai sahaja.

“Anak saya pun belum usia setahun lagi. Baru 10 bulan, rasa sakit pembedahan yang saya rasa pun belum habis lagi, ambil masa dua tahun.

“Jadi, itu yang buat saya lebih emosi. Geram, sakit hati dan semua ada.

“Kalau nak tulis benda tak masuk akal atau hanya untuk dapatkan ‘view’, ‘likes’ dan komen dengan kenyataan yang tidak berasas. Bila baca pun, kita dah rasa lain,” jelasnya.

Sebelum ini, menerusi perkongsin di ruangan Instagram Story, pelakon filem Bisikin Dosa itu meluahkan rasa kesal apabila berkongsi kenyataan fitnah yang dilaporkan oleh sebuah laporan media mengenai rupa paras anaknya.

Sekadar info, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada Mei 2024.

 

Sumber : Harian Metro

Scroll to Top