Rasa terhina, wanita sedih ruangan solat buat para musafir di masjid dekat laluan tandas?

Rasa terhina, wanita sedih ruangan solat buat para musafir di masjid dekat laluan tandas?

Jika kita kerap bermusafir, masjid merupakan antara lokasi yang sering dicari memandangkan ia tempat yang paling selesa untuk menunaikan solat.

Walaupun solat boleh dilakukan dimana sahaja asalkan tempat tersebut sesuai dan bersih, masjid tetap menjadi pilihan kerana lebih selesa.

Namun begitu, tak semua pengurusan masjid mengalu-alukan para musafir yang singgah untuk menunaikan kewajiban dalam masa yang sama berehat sebentar di sana.

Hal tersebut disuarakan sendiri oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syafinas Abu Bakar apabila meluahkan rasa sedih dengan ruangan solat yang dikhaskan untuk para musafir.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat sekitar Alor Setar.

 

Apa yang membuatkannya berasa ralat adalah ruangan solat buat mereka yang bermusafir diletakkan berdekatan dengan tandas.

Lebih ‘memedihkan’ adalah ketika dia bertanya kepada seorang kariah masjid tentang ruangan solat tersebut.

Pakcik berkenaan menyatakan yang itu sahaja ruangan solat untuk perempuan iaitu di koridor masjid dan pintu masjid juga akan ditutup segera walaupun baru menunjukan pukul 2 petang.

Tambahnya lagi, ruangan solat untuk musafir juga tersangatlah kotor dan berada di ruangan belakang masjid. Ia hanya boleh menempatkan lebih kurang 4 hingga 5 orang sahaja jemaah dalam satu-satu masa.

 

Syafinas juga akui masih terasa dengan kata-kata pakcik tersebut yang tidak sudah-sudah menyatakan ruangan tersebut adalah budi bicara pihak masjid.

Di akhir kenyataannya, dia akui sangat ralat dan merasa ada diskriminasi terhadap ruangan solat wanita. Dia juga berharap isu ini akan diselesaikan dan bukan hanya mengulang-ulang frasa ‘akhir zaman’ yang semua orang juga tahu.

Sehubungan dengan perkongsian itu, ramai yang mengakui hal tersebut sangat tidak patut walaupun sedar kita semua harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ada juga yang sempat berkongsi cerita yang hampir serupa seperti yang dialami penggguna Facebook itu dan berharap mana-mana pengurusan masjid lebih peka tentang hal terbabit.

 

 

 

Sumber: Facebook Syafinas Abu Bakar

 

 

Scroll to Top