am@hmetro.com.my
Putrajaya: Selepas lebih tujuh jam disoal siasat, seorang bekas menteri selesai memberi keterangan berhubung kes rasuah projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
Pemimpin yang pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, dilihat meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 5.50 petang tadi.
Terdahulu, bekas menteri itu hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira 10.30 pagi bagi memberi keterangan dalam siasatan kes terbabit.
Difahamkan, beliau turut disiasat atas dakwaan menerima rasuah bernilai kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Kereta mewah itu diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, dilaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19 kini berada dalam fokus siasatan terbaharu SPRM.
© New Straits Times Press (M) Bhd




