Rasuah RM23,000, inspektor polis dipenjara sebulan dan denda

Rasuah RM23,000, inspektor polis dipenjara sebulan dan denda

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Inspektor polis dihukum penjara sebulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menerima rasuah RM23,000.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Azhar Othman selepas tertuduh, Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

Dia juga boleh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertama dan kedua, Khairul Faiz didakwa menerima rasuah masing-masing RM15,000 dan RM8,000 melalui pindahan ke akaun pihak ketiga, sebelum dimasukkan ke akaun milik isterinya.

Perbuatan dilakukan pada 26 Februari 2021 di bank di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, dengan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula hari ini

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top