Kalau korang tengah cari tempat nak feel vibe Raya sambil shopping dan jalan-jalan dengan family, mungkin boleh singgah ke MyTOWN Shopping Centre.
Tahun ini mereka tampil dengan kempen istimewa sempena musim perayaan iaitu “Kaleido Raya Moments”. Kempen ini membawa konsep meraikan momen-momen kecil yang sebenarnya menjadikan sambutan Hari Raya lebih bermakna.

Korang bayangkan suasana dapur yang riuh dengan gelak tawa ketika kacau rendang, fokus balut ketupat bersama keluarga, atau detik pertama menyalakan pelita di halaman rumah. Fuh, semua momen kecil ini mungkin nampak biasa, tetapi inilah yang sebenarnya membina kenangan indah setiap kali tibanya Hari Raya. Memang mengimbas kembali kenangan sambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Kalau korang nak tahu, melalui kempen Kaleido Raya Moments ini, MyTOWN ingin menghidupkan kembali perasaan tersebut sambil mengajak orang ramai menikmati suasana perayaan dengan cara yang lebih meriah.

Dan menariknya, dari 15 Mac hingga 30 April, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di MyTOWN berpeluang menyertai kempen SHOP! SCAN! WIN! dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM60,000.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk percutian 3 hari 2 malam di hotel Ascott, percutian untuk dua orang ke Labuan Bajo, serta barangan premium seperti DYSON V8 Slim Fluffy+ Stick Vacuum Cleaner dan PS5 Disc Edition 1TB. Pendek kata, shopping Raya kali ini bukan sahaja dapat beli barang keperluan, malah ada peluang bawa pulang hadiah lumayan.
Sepanjang bulan Mac juga, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan budaya yang berlangsung setiap hujung minggu.

Persembahan oleh Sanggar Budaya ini menampilkan seni tradisional seperti tarian kampung, silat tari, dikir barat dan zapin yang pastinya menambahkan lagi suasana Raya di pusat beli-belah tersebut.

Ia sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati keindahan budaya tempatan sambil bersantai bersama keluarga.
Bagi korang yang gemarkan aktiviti kreatif, beberapa workshop DIY turut dianjurkan untuk semua peringkat umur.

Antaranya termasuk aktiviti membuat mosaic wind chimes, kaleidoscope, suncatchers dan juga sand art. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah sesuai dijadikan kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan ketika mengunjungi MyTOWN.

Dalam masa sama, pengunjung juga boleh mendapatkan merchandise Raya edisi terhad melalui aplikasi MyTOWNKL dengan menebus mata ganjaran serta memenuhi syarat perbelanjaan tertentu.
Kempen penebusan ini berlangsung dari 26 Februari hingga 29 Mac 2026 sementara stok masih ada.
Antara barangan eksklusif yang boleh ditebus termasuk Sampul Raya (290 mata atau minimum perbelanjaan RM300 melalui maksimum dua resit gabungan), Collapsible Table Lamp (490 mata atau minimum perbelanjaan RM500 melalui maksimum tiga resit gabungan) serta Lunch Box bersama Woven Bag (990 mata atau minimum perbelanjaan RM1,000 melalui maksimum empat resit gabungan).

Lebih menarik, kempen ini turut dijayakan melalui kerjasama dengan CIMB Group menerusi kempen “Semua Lebih Hebat dengan CIMB”, di mana pemegang kad CIMB boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus di kedai-kedai terpilih di MyTOWN.
Pendek kata, kempen Kaleido Raya Moments ini bukan sekadar tentang membeli-belah semata-mata, tetapi lebih kepada meraikan detik-detik kecil yang menjadikan sambutan Raya lebih hangat dan bermakna bersama orang tersayang.
Bagi yang ingin merasai sendiri suasana tersebut, bolehlah singgah ke MyTOWN dan nikmati pengalaman Raya yang sedikit berbeza tahun ini.




