Pelakon dan usahawan Nur Fazura memaklumkan anak perempuannya Nur Fatima Aisya akan menyambut raya bersama bapanya, Fattah Amin pada hari raya pertama.
Menerusi satu video tular, Fazura berkata dia akan menyambut raya bersama anaknya pada hari raya kedua.
BACA: Fazura Puji Kamal Adli Belikan Baju Raya Buat Uqasha, Hawra
“Tak sure… mungkin raya kedua kot. Sebab raya pertama, Fatima dengan daddy dia. Fatima akan dengan daddy dia bermula 19 hari bulan sampai raya kedua.
“Ada yang kata raya Jumaat, ada yang kata Sabtu. Tapi saya berharap raya Jumaat. Kalau raya Jumaat, daddy dia akan ambil Khamis. Dan akan pulangkan dekat Faz pada hari kedua raya. Kita tengok macam mana la,” katanya.
Sementara itu, Fazura berkata meskipun Fatima tidak bersamanya di hari raya pertama dia tetap gembira meraikan Aidilfitri bersama keluarga.
“Tak ada Fatima tapi saya ada keluarga kan. Saya okay saja… I’m happy. Asalkan Fatima gembira, saya pun sangat gembira,” katanya.




