Rayuan Kes Rogol Ditolak, Mahkamah Kekal Hukuman Da’i Syed 10 Tahun Penjara

Rayuan Kes Rogol Ditolak, Mahkamah Kekal Hukuman Da’i Syed 10 Tahun Penjara

Trending

Da’i Syed dipenjara 10 tahun dan disebat tiga kali sabitan kes rogol.


Nasib pendakwah selebriti Da’i Syed akhirnya terjawab apabila Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita.

Lapor Kosmo!, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed dihantar ke penjara bermula hari ini selepas rayuan yang difailkan pihak pembelaan ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid.

Keterangan sekadar penafian, hukuman terus dilaksanakan

Da'i syed

Dalam penghakimannya, Hakim Adlin menjelaskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap sabitan terdahulu yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen.

Keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata. Tiada alasan khas bagi penangguhan hukuman.

Beliau turut menegaskan bahawa kes ini merupakan satu kesalahan serius dan sabitan serta hukuman sebelum ini dianggap selamat untuk dikekalkan.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara ke atas Da’i Syed bermula serta-merta pada hari keputusan dibacakan.

Pssttt! Keputusan ini sudah pasti memberi tamparan hebat kepada Da’i Syed dan mengejutkan ramai pihak yang mengikuti kesnya sejak beberapa tahun lalu. Ia juga menjadi peringatan kepada semua bahawa kesalahan jenayah seksual adalah serius dan tidak akan dikompromi oleh sistem kehakiman negara.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top