Rayuan Pendakwaan Ditarik Balik, Bapa Zayn Rayyan Kekal Bebas | Trending – Oh! Media

Rayuan Pendakwaan Ditarik Balik, Bapa Zayn Rayyan Kekal Bebas | Trending – Oh! Media

Trending

Bapa Zayn Rayyan kekal bebas selepas pendakwaan tarik balik rayuan. Mahkamah Tinggi sahkan keputusan, kes ibu terus jadi tumpuan.


Bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Zaim Ikhwan Zahari kekal bebas daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan peguamnya, Haresh Mahadevan susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.

Pihak pendakwaan memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa mereka memfailkan Notis Penarikan Balik Rayuan pagi ini dan tidak ingin meneruskan rayuan tersebut… Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya membatalkan rayuan pihak pendakwa raya.

Pihak pendakwaan gagal buktikan kes prima facie

Zayn Rayyan

Pada 21 Julai lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh telah melepas dan membebaskan Zaim Ikhwan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagaimanapun, mahkamah ketika itu memerintahkan ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, untuk membela diri atas pertuduhan sama.

Ibu Zayn Rayyan dipenjara lima tahun

Zayn Rayyan

Kes ini menyaksikan Ismanira, 31, didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Oktober lalu.

Hakim turut mengarahkan beliau dihantar ke Penjara Kajang serta-merta selepas menolak permohonan menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Zaim Ikhwan dan Ismanira sebelum ini didakwa mengabaikan Zayn Rayyan di sekitar Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berhampiran, antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pssttt! Kes melibatkan kanak-kanak menuntut keadilan dan ketelitian maksimum. Elakkan membuat spekulasi melampau di media sosial dan biarkan proses undang-undang berjalan demi kebenaran sebenar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top