Rayuan Trump tangguh hukuman ditolak

Rayuan Trump tangguh hukuman ditolak

New York: Hakim Mahkamah Rayuan New York semalam, menolak permohonan presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menangguhkan prosiding jatuh hukum kesnya berhubung bayaran ‘menutup mulut’ bintang lucah, dijadualkan pada minggu ini.

Trump bakal dijatuhkan hukuman pada Jumaat ini selepas disabitkan juri New York pada Mei atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan untuk pembayaran wang bagi menutup mulut bintang lucah, Stormy Daniels.

Hakim Ellen Gesmer menolak hujah peguam Trump yang menyatakan hukuman itu harus ditangguhkan sementara presiden yang dipilih merayu sabitannya.

Peguam Trump juga mendakwa, kekebalan daripada pendakwaan yang diberikan kepada seorang presiden harus dilanjutkan kepada seorang presiden yang dipilih, tetapi Gesmer menolak hujah itu.

“Selepas pertimbangan kertas yang dikemukakan dan hujah lisan yang meluas, permohonan Trump untuk penangguhan sementara ditolak,” katanya.

Trump, yang akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada 20 Januari, boleh merayu keputusan Gesmer kepada mahkamah rayuan. Jika gagal, beliau boleh mengemukakan rayuan sehingga ke Mahkamah Agung.

Hakim Juan Merchan, yang mendengar kes berkenaan sebelum ini berkata, beliau tidak berhasrat mengenakan hukuman penjara ke atas Trump.

Trump disabitkan kesalahan memalsukan rekod perniagaan untuk menutup bayaran yang dibuat kepada Daniels pada malam pilihan raya 2016 untuk menghalangnya daripada mendedahkan pertemuan seksual didakwa berlaku pada 2006.

Beliau disahkan sebagai pemenang pilihan raya presiden 2024 pada Isnin lalu,

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top