Reaksi Amira Othman ‘Kantoikan’ Fattah Amin Bikin Peminat Geram – “Siang Dia Diet, Malam Tak Diet Gara-Gara..”

Reaksi Amira Othman ‘Kantoikan’ Fattah Amin Bikin Peminat Geram – “Siang Dia Diet, Malam Tak Diet Gara-Gara..”

Gelagat penyanyi dan pelakon Amira Othman mencuri tumpuan apabila dia kelihatan mengusik suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin ketika sesi siaran langsung yang tular di Tikok baru-baru ini. yang dikatakan tidak konsisten menjaga pemakanan.

Menurut Amira, Fattah dikatakan tidak konsisten menjaga pemakanan dek kerana baru sahaja menikmati hidangan sambal udang meskipun  sebelum ini dia bersungguh-sungguh menjaga diet.

“Abang Long baru lepas makan sambal udang. Siang dia diet, malam dia tak diet.

“Saya pun tak faham kalau siang dia tak nak makan, tapi malam je dia lapar. Semua salah sambal udang,” katanya.

Melihat kepada gelagat pasangan suami isteri itu, rata-rata warganet terhibur dengan telatah Fattah yang dikatakan manja setiap kali muncul bersama isterinya.

Sebelum ini, Fattah tampil menegur segelintir individu yang didakwa telah mengkritik isteri tercintanya.

Menerusi sepotong video siaran langsung di media sosial, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, menasihati netizen supaya tidak meninggalkan komen berbentuk hinaan, sebaliknya memilih kata-kata yang baik.

“Nak komen boleh, tapi janganlah kutuk-kutuk. Cakap baik-baik. Kita hidup ni kena cakap yang baik-baik. Cakap itu satu doa. Janganlah buat Mira terbaca ayat yang tak baik itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Amira Othman Jadi Sasaran Komen Negatif, Fattah Amin Beri Teguran Terbuka – “Janganlah Kutuk-Kutuk”

ARTIKEL BERKAITAN:Azhar Sulaiman ‘Sumpah’ Kamal Adli Miliki Nasib Baik Persis Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:“Allah Sebaik-Baik Perancang, I Love You Fattah Amin” – Amira Othman Mohon Doa, Tak Dibenarkan Terbang Ke Korea

Scroll to Top