Real Madrid terlepas peluang guna khidmat Vinicius

Real Madrid terlepas peluang guna khidmat Vinicius

Madrid: Penyerang Real Madrid Vinicius Junior mengalami kecederaan hamstring, kata kelab Sepanyol itu sekali gus menyebabkan dia terlepas peluang beraksi di Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

“Selepas ujian yang dilakukan hari ini, pemain kami Vinicius Junior di diagnosis oleh perkhidmatan perubatan Real Madrid dengan kecederaan hamstring pada kaki kiri,” kata Los Blancos dalam satu kenyataan.

Media Sepanyol melaporkan bahawa sayap Brazil itu dijangka akan terlepas hampir sebulan, yang juga akan mengehadkan dia untuk tidak beraksi pada kunjungan Liga Juara-Juara ke Atalanta pada 10 Disember, serta perlawanan Rabu ini di Anfield.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top