Realiti sebenar, aktivis sedih lihat kanak2 bawah umur jadi tauke jual ‘gam’

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Masalah moral dalam kalangan remaja sejak dari dahulu lagi menjadi antara perkara yang menakutkan. Mana tidaknya, penerus generasi yang akan membangunkan negara telah terdedah dengan perkara-perkara tidak baik sehingga boeh menjejaskan masyarakat.

Hal ini samalah seperti yang dikongsikan oleh aktivis menggunakan nama Borneo Komrad apabila memuat naik tindakan seorang remaja bawah umur yang menjual gam secara kecil-kecilan bagi tujuan yang memudaratkan.

Perkara tersebut sememangnya sangat menyedihkan lagi-lagi aktivis dari Borneo Komrad sendiri mengakui hal berkenaan adalah sesuatu yang biasa terjadi di negeri tersebut.

Dapat dilihat remaja terbabit sudah tahu kuantiti gam yang ingin dibeli dengan harga 50 sen sahaja.

Walaupun situasi tersebut dilihat sebagai satu bentuk gurauan kerana ramai mengatakan yang ‘tidak perlu bersusah payah untuk ke bulan’, namun disebalik gelak ketawa itu ada sesuatu yang membimbangkan dengan kehidupan generasi kita pada masa akan datang.

 

Sumber: TikTok @Borneokomrad