London: Red Bull dilaporkan akan menggantikan Yuki Tsunoda dengan pelumba muda Isack Hadjar, menurut laporan RacingNews365.
Dalam perkembangan berkaitan, skuad ‘adik’ Racing Bulls dijangka membawa kembali Liam Lawson selain mempromosikan pendatang baharu, Arvid Lindblad.
Tsunoda bergelut musim ini, sekadar menghuni tangga ke-15 keseluruhan, jauh berbeza berbanding rakan sepasukan, Max Verstappen, yang memburu kejuaraan dunia kelima berturut-turut.
“Saya sudah buat apa yang saya mampu,” kata Tsunoda baru-baru ini.
“Terutama empat perlumbaan terakhir, pasukan banyak bantu saya dan saya dapat memandu dengan kereta hampir sama seperti Max.”
Tsunoda kini menyertai senarai pemandu sebelum ini yang turut berdepan kesukaran digandingkan dengan Verstappen, termasuk Alex Albon, Pierre Gasly, Liam Lawson dan Sergio Perez.
© New Straits Times Press (M) Bhd



